Wednesday, October 29, 2008

kita & jambatan


"hari ini kita selamat menyeberangi jambatan dunia,
kerana sempurna ciptaan manusia,
suatu hari kita gagal menyeberangi jambatan akhirat,
kerana tidak menyempurnakan tuntutan dan kewajipan"


Apabila kita menilai kekuatan sesebuah negara , pastinya kita akan kagum dengan nilaian material seperti hebatnya bangunan- bangunan yang di bina, cantiknya permandangan bandaraya dan canggih kenderaan yang dicipta. Pandangan ini sentiasa mengkaburi hakikat yang sebenar . Kekuatan yg sebenarnya di ukur dengan quality generasi pemuda yang akan mewarisi perbendaharaan negara. Generasi pemuda adalah aset terbesar dan paling berharga kepada sesebuah negara.

Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kepada kekuatan manusia, bukannya kehebatan dunia material. Tunjang kepada kekuatan manusia terletak kepada generasi pemuda.

Sejarah telah membuktikan kehebatan pemuda dalam menggerakkan sesuatu perubahan. Apabila pemuda bangun bertindak , maka sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku. Golongan ini mempunyai semangat yang kental , kehendak yang tinggi, dan berani lagi tangkas . Mereka juga mampu menggarap kefahaman baru dengan budaya fikir yang mantap dan mampan.

Al Quran menukilkan kisah Ashabul Ukhdud juga Ashabul Kahfi . Rasul-rasul yang mulia juga bermula pada usia yang muda Daud, Ismail, Isa dan ramai lagi telah mengerakkan dakwah mereka pada usia yang muda. Sahabat Rasulullah SAW juga terdiri dari golongan pemuda. Khalifah- khalifah awal Islam bersama dengan dakwah Islam pada usia yang muda - Abu bakar ra masuk Islam pada usia 32 tahun, Umar ra 35 tahun, Ali ra 9 tahun, Uthman ra 30 tahun.



إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى (Kahfi:13)

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yangberiman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.



Kehebatan dunia barat pada kurun 15 hingga 19 juga didokong oleh semangat golongan pemuda. Mereka mengkaji, mencipta dan meneroka ke seluruh alam. Mereka mendabit dada keseluruh alam agar manusia tunduk kepada kehebatan mereka dan mengikut cara kehidupan mereka. Kesungguhan mereka telah membuka jalan kepada generasi seterusnya untuk menjajah bumi juga hati umat Islam.
Masa berlalu, Generasi silih berganti. Generasi yang baru mula leka dan seronok menikmati hasil kerja generasi terdahulu. Budaya hendonisme menjadi tarikkan golongan pemuda hari ini.

Budaya hendonisme ini mula meresap masuk sampai ke peringkat pimpinan. Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Siapakah barisan manusia yang akan mengambil tampuk kepimpinan umat manusia setelah barat tidak mampu lagi membendung masalah dalaman yang parah? Kita beriman dengan aqidah bahawa Islam adalah deen penyelamat kepada umat manusia. Islam pasti akan kembali memimpin umat manusia. Siapakah yang akan membawa panji Islam ini? Siapakah yang berani tampil dengan imej Islam dan menyeru manusia untuk kembali kepada Islam?

Wahai pembaca yang sedang membaca, sedarkah kalian bahawa tugas kita amat besar. Tidak pernahkah kalian melihat sahabat-sahabat kalian di Palestin yang memperjuangkan tanah palestin. Tidak pernahkah kalian melihat sahabat kalian di Perancis yang memperjuangkan pemakaian tudung. Lihatlah dan bukalah mata kalian seluas-luasnya. Janganlah kalian sibuk dengan kehidupan hedonism kerana sejarah banyak membuktikan sifat inilah menjadi punca tumbangnya satu kuasa besar. Janganlah kalian menjadi hamba kepada mekanisme barat seperti games, fesyen, dan hiburan (blog mungkin boleh dipertimbangkn. games boleh gak la.. ^^). Janganlah mengagung-agungkan cara hidup barat. Kembalilah dengan cara hidup Islam yang syumul. Cara hidup yang jika kalian ikut, sudah mampu melahirkan insan luar biasa seperti Salahuddin Al-Ayubbi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Zainab Al-Ghazali dan lain-lain.

Bila kau bergelar daie.. Kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama menjadi REMAJA.. Bak kata AL BANNA.. ‘Tanggungjawab melebihi masa yang ada’ dan tarbiyyah yang bersalutkan ilmu dan cabaran lah yang dapat mendewasakan kau.. Tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain.. Sedarlah bahawa perjuangan belum selesai.. Kalian bukan memulakan perjuangan.. Tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan.. Bangkitlah wahai sahabatku dari kerusi yang kau sedang duduki utk membaca coretan ini.. Bertindaklah mengikut arahan dan semoga usaha kalian diberkati Yang Maha Esa..


*Yang dah bangun tu, jgn hangat-hangat tahi ayam, kerusi tu baru nak sejuk.


No comments: