Sunday, August 31, 2008

huh?

the 'abah punya' is mine one day :-/

31ogos2008

Proud to be Me!

oh Malaysiaku..


why not on tv?

Wednesday, August 27, 2008

Tun kesayangan semua?

saya dah kata PKR tak menang,
pakatan tak menang,
tapi barisan nasional yang kalah~
-Tun Mahathir

Tuesday, August 26, 2008

welcome to new Malaysia!

Pilihanraya Umum 8 Mac 2008

Datuk Seri Wan Azizah = Undi 30,338

Firdaus = 16,950

Majoriti undi 13,888.

Peratus Keluar Mengundi 81.87 peratus

.....................

Pilihanraya Kecil 26 Ogos 2008

Datuk Seri Anwar = 31,195

Ariff Syah = 15,524

Hanafi = 92

majoriti undi 15,671

Peratus Keluar Mengundi 80.00 peratus

......................

The Official Result is

Anwar - 31,195

Arif - 15,524

Akim - 92

welcome to the parlimen Datuk~

P44!

8.25 Malam : (Tidak Rasmi) Anwar di istihar menang dengan majoriti bertambah. Anwar 26,646 undi manakala Arif Omar 10,436 undi. Majoriti 16,210 undi




8.11 Malam : Anwar kini mendahului dengan 16,101 undi berbanding Arif Shah 6,071 undi. Seorang lagi calon dijangka hilang wang pertaruhan.




8.08 Malam : Kawasan yang dikhaskan untuk penyokong Umno di Maktab Perguruan Tengku Bainun dikatakan kosong dan ketika ini penyokong Pakatan Rakyat mendominasikan seluruh kawasan tersebut




8.00 Malam : TV3 memaklumkan Anwar kemungkinan menang.




7.57 Petang : Anwar mendahului sebanyak 10,356 undi di 15 saluran, 13 saluran masih dalam proses pengiraan




7.46 Petang : Sumber dari Permatang Pauh menyatakan majoriti kemenangan boleh mencecah 18 ribu undi.




7.42 Petang : DSAI dikhabarkan menang hampir di semua peti undi dan sedang mengesahkan jumlah majoriti. DUN Seberang Jaya (tidak rasmi) menang hampir 8 ribu undi.




7.13 Petang :PKR mendahului 5 Peti undi bagi DUN Penanti keputusan terkini: PKR = 5855 BN = 1977




6.43 Petang : Keputusan tidak rasmi DUN Penanti PKR-3377 & BN-991 AKIM 3
* JDM Penanti: KeADILan 2870, BN 1265* JDM Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan 270, BN 108




6.23 Petang : Puluhan ribu orang berduyun-duyun menuju ke pusat pengiraan & penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, suasana tidak ubah seperti hari penamaan calon tempohari. Laungan takbir & reformasi, Kibaran bendera, semangat berkobar-kobar merancakkan suasana. Kemuncak D-Day sudah tiba, Permatang Pauh bakal mencatatkan sejarah baru Malaysia…!!!




5.45 Petang : Difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah terbang pulang ke Kuala Lumpur meninggalkan Permatang Pauh. Adakah beliau merasakan BN sudah tewas dan tiada perlunya beliau kekal disini lagi??




5.24 Petang : Konvoi DSAI bergerak pulang menuju Yayasan Aman, Penanti.




5.05 Petang : Semua pusat mengundi telah ditutup tepat pukul 5 petang. DSAI sekarang berada di pondok panas Pakatan Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jit Sin, Berapit.




4.50 Petang : DSAI singgah untuk menjenguk keadaan di pusat mengundi Mengkuang di Sekolah Kebangsaan Mengkuang. Keadaan berjalan lancar dan terkawal dengan pekerja Pakatan Rakyat terus bersemangat meneruskan kerja-kerja pada saat-saat akhir pengundian.




4.43 Petang : DSAI telah bertindak bijak dengan mengajak FRU untuk berbincang tentang masalah bas pengundi hantu yang mengganggu kawasan Telok Wang.




4.31 Petang : Sekali lagi DSAI berhenti di Mengkuang Titi dan didapati bas pengundi hantu, bersama hantu-hantu mereka masih lagi berada di kawasan tersebut. Tinggal setengah jam sahaja lagi sebelum pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang.




4.17 Petang : Pusat mengundi Kampung Tun Sardon, Telok Wang menerima kunjungan DSAI. Kami dimaklumkan Kubang Semang telah “confirm” milik PKR.




3.56 Petang : DSAI bergerak keluar dari Yayasan Aman. Dalam perjalanan, konvoi terserempak dengan bas yang disyaki membawa pengundi hantu di Mengkuang Titi.




3.45 Petang : 2 Buah bas yang penuh dengan pengundi hantu telah pun berjaya ditahan. Pada jam 1530 tadi bas ini telah dikesan dan ditahan di Mengkuang. Bas ini sekarang telah dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya.




2.45 Petang: Rombongan DSAI selamat tiba di Yayasan Aman, hari pengundian berjalan aman dan meriah.




2.28 Petang: Hujan sudah mula reda, Proses pengundian semakin rancak dan meriah. Moral serta semangat kerja di pihak PKR adalah tinggi. Dilaporkan Penyokong BN mulai meninggalkan pos mereka. Rombongan konvoi DSAi keluar dari Guar Perahu menuju destinasi seterusnya.




2.09 Petang:Seorang ahli PKR Bagan bernama Izat telah ditahan kerana memprotes tindakan polis, dipercayai berkaitan Pengundi hantu. Kejadian berlaku di Kubang Semang. Pemimpin AMK sedang berusaha untuk membela beliau. Hujan pula masih turun dengan lebat.




2.05 Tengahari: Blogger Hishamuddin Rais dalam blognya melaporkan: Pengundi bernama AZHAR BIN HALIM No Kad Pengenalan 660428-08-5521 / A0381797 tidak terdapat namanya di dalam senarai daftar pengundi terkini yang dikeluarkan SPR.

Tetapi AZHAR BIN HALIM No Kad Pengenalan 660428-08-5521 / A0381797 telah dibenarkan mengundi di Sek. Keb. Guar Perahu - Kuala Mengkuang.




1.42 Tengahari: Rombongan DSAI, disertai ribuan anak muda berada di Pusat Pengundian Guar Perahu, Permatang Pasir. Dilaporkan pengundi hantu sudah mula berkeliaran, nantikan update.




1.32 Tengahari: Hujan mulai turun, dijangka berlanjutan sehingga petang, Bernama TV melaporkan hampir 51% Pengundi sudah menjalankan tanggungjawab mereka. Perkembangan Pakatan Rakyat cukup positif.




1.30 Tengahari: Mstar Melaporkan, Kereta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dibaling dengan botol air ketika meninjau proses pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya, Semilang di Seberang Jaya di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Najib baru sahaja memasuki kereta selepas berjumpa dengan para penyokong Barisan Nasional (BN).

Sebaik sahaja berliau memasuki kereta, satu botol air dibaling kearah keretanya yang dipercayai dilakukan oleh penyokong pembangkang.Keadaan ini meyebabkan tindakan balas penyokong BN yang turut membaling beberapa botol air ke arah beberapa penyokong Pakatan Rakyat.Pada masa sama, penyokong Pakatan Rakyat itu cuba menyerbu kereta Najib tetapi dihalang pihak polis.




1.29 Tengahari: Sekatan jalanraya telah berjaya dilakukan oleh pihak polis. Kesesakan dilaporkan dari Rawang menuju ke Utara. Jalan ditutup menjadikannya kepada satu lorong sehingga ke Permatang Pauh. Cubaan untuk melengahkan pengundi yang bekerja di luar nampaknya sedang diusahakan secara konsisten oleh semua jentera kerajaan.




1.14 Tengahari:Dilaporkan sekarang Helikopter masih melilau-lilau di udara dan terbang agak rendah. Bunyi deruman enjin dan kipasnya sedikit mengganggu penduduk tempatan. Walaubagaimanapun kebanyakan dari mereka hanya bersorak setiap kali Helikopter melintasi kawasan mereka.




1:03 Tengahari : DSAI sekarang di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menyambut beliau dengan penuh meriah. Kelihatan kanak-kanak berlari-lari sambil memakai topeng Anwar. Kaum India juga kelihatan bersemangat melaungkan “Makkal Sakthi” takkala DSAI melintasi kumpulan mereka. Cuaca sekarang mendung dengan hujan mulai turun membasahi bumi Permatang Pauh.




12:44 Tengahari: DSAI berhenti di pusat mengundi Sekolah Menegah Sama Gaga. Ribuan rakyat menyertai konvoi beliau sekarang. Bendera PKR berkibaran. Kelihatan penyokong ameno dan BN tersentak dengan kehadiran beliau.




12.09 Tengahari: Maklumat yang baru diterima, kertas undi di sesetengah Pusat Pengundian di Permatang Pauh berlainan sekali dengan kebiasaan, kertas undinya licin seperti disalut lilin @ bahan kimia, ianya perlu ditekan kuat untuk proses pemangkahan.




11.58 Pagi: BREAKING NEWS..!!! DI KAWASAN SEKITAR SEKOLAH SEBERANG JAYA. 6 TRAK FRU TELAH PUN TIBA LENGKAP DENGAN PERALATAN TEMPUR MEREKA.




11.55 Pagi: Dsai keluar dr kawasan tenggiri menuju tmn tun hussein onn




11.43 Pagi: Keadaan agak kecoh di Sekolah Menengah Seberang Jaya.MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru sahaja tiba di sini. FRU sudah mulai berbaris di hadapan penyokong kedua-dua parti Pakatan dan BN. Pihak polis juga kelihatan



11.43 Pagi: Khairy Jamaluddin atau nama manjanya KJ telah kelihatan di Sekolah Kebangsaan Sama Gagah. Pusat pengundian bagi Dun Permatang Pasir. Kelihatan bersemangat bersama para penyokongnya.




11.39 pagi: Konvoi bergerak sekitar seberang Jaya, kelihatan Helikopter PDRM memantau dari Udara




11.36 Pagi: Rombongan diteruskan, DSAI & DSWA singgah di Pusat Pengundian Siakap 2 Seberang Jaya. Sambutan tidak kurang hebatnya dengan hampir seribu orang penyokong PR berkumpul. Reformasi terus bergema..!!




11.30 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.




11.25 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.




11.23 Pagi: DSAI meniggalkan Pusat Pengundian Tenggiri, Jalan bertambah sesak dengan kedatangan para pengundi dan penyokong tidak putus-putus, Bendera berkibaran, laungan reformasi terus bergema, Tenggiri Bergegarrr…..!!!!




11.08 Pagi: DSAI tiba di Pusat Pengundian di Tenggiri Seberang Jaya, Sehingga ke Pintu Pagar para penyokong melaungkan Reformasi, suasana adalah cukup positif sekali.




10.52 pagi Calon Akim, Hanafi Mamat, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun “mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai”.




10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.




10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.




10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.




10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan “kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya”.

Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.




10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.

Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.




10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.




9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.




9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.
Penyokong Pakatan melaungkan ‘Antantuya, pembohong, penipu’ manakala penyokong BN pula melaungkan ‘Hidup BN’




9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.




9.10 pagi PKR menghantar ‘alert’ menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.




9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.




8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti. Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.

Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN. Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke’. Penyokong BN jawab ‘liwat’. Bila kenderaan lalu,




8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ. Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi’ manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita”. Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.

Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.




8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.

Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.




8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2. Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.

Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.




8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.
Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.

Monday, August 25, 2008

marvelous!

For the first time jade is used for the Beijing Olympic medals. The medals have been designed with inspiration coming from "bi", China's ancient jade piece inscribed with a dragon pattern. The medals symbolise nobility and virtue and are the embodiment of traditional Chinese values of ethics and honour, emitting a strong Chinese flavour. The winners’ medal is made of gold weighing not less than six grammes each. The medal for the runner-up is made of pure silver.


Noble and elegant, the medals are a blending of traditional Chinese culture and Olympism. On their obverse side, the medals reflect the Greek character of the Olympic Games: the goddess of victory Nike pictured in the Panathinaikos Stadium. While on their reverse side, the medals are inlaid with jade with the Beijing Games emblem engraved in the metal centrepiece. The design inspiration of the medal hook derives from jade "huang", a ceremonial jade piece decorated with a double dragon pattern and "Pu", the reed mat pattern.








The design of the aluminum Torch takes into account Chinese artistic heritage and technological expertise. The torch features traditional scrolls and a traditional Chinese design called "Lucky Cloud". It stands 72 centimeters high and weighs 985 grams.



well...
just discover the next stop for the olympic games ,
the next one will be held at



Vancouver in 2010~
meet u there!
erm,actually London in 2012. but still the Vancouver 2010,but dunno wat type of sport, olympiad?dunnO~

next?

24 Ogos 2008,
the closing date for beijing olympic sports,
good bye beijing,
see u the next four years?at other country,
and meet u beijing soooon!
yeah babe!
:-/

the first place in most gold is won by china ,
and
the first place in most medal won overall was won by USA ,
for more info :-

Thursday, August 21, 2008

21082008?

UTUSAN Malaysia, 19 Ogos 2008
Oleh MOHD. SAFWAN SAPARUDIN



TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).


Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.


Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.


Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.


Maka, atas sebab itu, Rohan tidak da- pat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.


Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.


Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.


Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.


Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.


Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.


Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.


Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.


PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.


Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.


Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.


Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.


Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.


Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.


Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.





http://www.utusan. com.my/ utusan/info. asp?y=2008&dt= 0819&pub=Utusan_Malaysia&sec= Rencana&pg=re_05.htm

Monday, August 18, 2008

looking is better than the reading?

The Beijing 'Water Cube'


in the real life...





-Sometimes looking at the pictuere is better than reading wat peoples write-

Saturday, August 16, 2008

the new Malaysia!

Wednesday, August 13, 2008

wat da?!!

The Cursed Bed ....

Strange Happenings In A Hospital. There was this case in this hospital's Intensive Care ward where patients always died in the same bed on Friday mornings around 9am, regardless of their age, gender, medical history or medical condition. This puzzled the doctors and some even thought that it had to do with the supernatural.

Why did death occur at that same bed around the same time every Friday? So the doctors decided to go down to that particular ward to investigate the cause of the deaths. Come Friday morning, everyone at the hospital ward nervously waited for the terrible phenomenon to occur again. The new (unknowing) patient laid there. Some doctors held wooden crosses, prayer books and other holy objects to ward off evil...and they waited.

8am, the patient was still alive...

8.30am...still breathing...

Just before the 'cursed' time, the door to the ward swung open...

Then Ah Soh, the part-time Friday cleaner, comes in and unplugs the life support system so that she can use the vacuum cleaner!

tuuuut!!!

Monday, August 11, 2008

where the world is gathered~


Beijing is the place where the people is gathered together from the president seat till the cleaner level. The world is looking at beijing now, first it is because of the sports it self, in other side, it is because of the unique building and other unique stuff like we can look at the opening ceremony, damn nice!lol. One of the unique building is "The Bird Nest". Lets talk bout it today, we will talk bout the other stadium later on.

cool huh?one day!ill be there, eventho it will be 10 years more.

see you there!

Friday, August 1, 2008

which one is the one?


Clip Club is a .... ?
ask aunt niman Z,

-the first simple logo of the cC stlye. its a free style!




-next?not this one actually, its the other one, but it cant be upload, dunno y..

this one is the 3rd one after that aunty (niman Z) like aunty rossie noisy:noisy:noisy want like that, do like this and like thoose...


-and this one is the 3rd 2nd part, or part B? after several brain storming + raining till flood on my brain

so which one is the better and nicer and very, very nice one??

my answer is....evrything that i dsign is nice!

*oOps! sry dah terletak kt blog.

lalalala~