Monday, December 29, 2008

Gaza offensive continues; 345 killed and over 1650 wounded



Translated from english.


Selasa ,30/12/2008 -Sumber-sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan petang Isnin lalu, empat rakyat Palestin, termasuk seorang pemimpin Al Quds Brigades, sayap bersenjata Islam Jihad, telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. Jumlah maut terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera.


Sumber-sumber itu berkata yang Ziad Abu Teir, anggota Al Quds Brigades, dan tiga warga Palestin lain telah terbunuh apabila rejim Zionis mengebom bandar Abasan , timur Khan Younis. Lima penduduk, ahli-ahli keluarga yang sama tercedera.


Pada pagi Isnin lalu , tentera rejim Zionis telah mengebom sebuah rumah berhampiran rumah Ismail Haniyya, Perdana Menteri kerajaan Hamas . Juga pada hari Isnin, tentera rejim Zionis itu mengebom Kementerian Dalaman di Gaza, dan Islam University.

No comments: